Thursday, June 18, 2009

PeNgeNaLaN Pss


PSS SMK Bandar dibina agar warga sekolah dapat memanfaatkan segala sumber yang ada di sekolah ini sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber merangkumi SEMUA KAWASAN SEKOLAH.
Selain dari bilik-bilik khas seperti Perpustakaan, Bilik ABM, Bilik Tayang, Bilik SAL, Makmal Komputer dan sebagainya, PSS juga melibatkan sumber luaran seperti taman-taman, laluan-laluan, pondok-pondok, kantin, sudut-sudut dan seumpamanya. Semua diuruskan menjadi sumber.









PSS SMKB berhasrat menyediakan segala kemudahan media cetak dan bukan cetak termasuk kemudahan ICT bagi memberi peluang kepada guru dan pelajar memanfaatkan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Juga melahirkan warga sekolah yang menjadikan budaya membaca dan budaya ilmu sebagai amalan.



OBJEKTIF DAN PERANAN PSS
:: Menyediakan pelbagai kemudahan media pendidikan untuk meningkatkan mutu P&P
:: Membentuk golongan yang berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif
::
Memupuk budaya membaca di kalangan warga sekolah dan seterusnya menjadikan tabiat belajar sepanjang hayat.






PiaGaM PeLaNggaN Pss


Sebahagian lokasi Penting PSS SMK Bandar
Petunjuk:
H - Kawasan Hotspot
1hingga14 - Bilik dan stesen-stesen PSS

::
Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi
::

Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik
dengan segera

::

Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna

::

Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah

::

Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari
semasa ke semasa

::

Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan santun dan sentiasa peka kepada masalah pengguna

::

Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui
pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik



♥ KeMuDaHaN Pss ♥

PSS SMK Bandar menyediakan pelbagai sumber pendidikan merangkumi sumber dalaman
mahupun luaran bagi tujuan penganjaran dan pembelajaran warga sekolah, antaranya:

BILIK-BILIK DI PSS

1. Bilik Perpustakaan
2. Bilik Media/APD
3. Bilik BBM
4. Bilik SAL/NILAM
5. Makmal Komputer


Sudut bahan rujukan di Perpustakaan






SUDUT-SUDUT PSS DI SMK BANDAR

-Taman Warisan
- Pondok NILAM
- Pondok Berita Harian
- Taman EMaS
- Pondok mengikut subjek
- Zon Bina Semangat
- Taman-taman


- Dataran Ilmu
- Kantin Bermaklumat
- Taman Orkid
- Laluan Refleksi
- Laluan Rukun
- Laluan Motivasi
- Laman Puisi
- Radio Sekolah, dsb


Pondok Warisan Melayu Sesuai Untuk M/P Geografi dan Sejarah


satu dari taman-taman bertema yang diwujudkan

book Pictures, Images and Photos book Pictures, Images and Photos